Wednesday, March 14, 2012

Seremban Old and New

Salam. Dalam blog yang lepas saya ada cerita pasal blog Mike Edwards seorang pesara tentera british yang pernah bertugas di Paroi Camp dulu dan dia mempunyai koleksi foto sekitar kawasan Kem Paroi dan Bandar Seremban yang lama usianya. Agak menarik untuk dikongsi di sini kerana kita dapat lihat bandar Seremban dulu dan sekarang. Bagaimana masa dan situasi telah mengubah keadaan sekeliling. Foto di bawah adalah kiriman seorang rakan Mike iaitu Brian Pond. Beliau juga merupakan pesara tentera dan pernah berkhidmat di Seremban bersama Mike. Baru-baru ini beliau telah kembali dan mengambil beberapa foto untuk perbandingan.
Jalan Kuala Pilah tahun 1968
Jalan Kuala Pilah tahun 2012


Jalan Tuanku Hassan 1968

Jalan Tuanku Hassan 2012

Monday, March 12, 2012

Jalan Birch

Salam. Dalam post yang lepas saya ada cerita pasal blog seorang pesara askar british yang saya tak sebut namanya ok di sini saya nak cerita sikit. Blog tersebut adalah twoflight.blogspot.com dan penulisnya adalah Mike Edwards. Di dalam blog tersebut ada terdapat gambar2 sekitar Kem Paroi tahun 1968, Bandar Seremban, dan lain-lain lagi. Anda boleh melihatnya sendiri nanti. Antara gambar yang menarik perhatian saya adalah gambar Jalan Birch dimana sekarang telah ditukar kepada Jalan Dato' Bandar Tunggal diambil oleh Brian Fowler seorang rakan Mike. Saya pun meneliti lokasi dimana gambar ini diambil dan buat research secara detail setiap bangunan yang ada di situ dan akhirnya saya dapat lokasinya. Di bawah ini saya sertakan foto tersebut.
Foto ini diambil pada tahun 1968 oleh Brian Fowler

Foto ini diambil pada tahun 2012 di lokasi sama.

KEM PAROI

Salam semua. Baru-baru ni saya terjumpa satu blog dimana penulisnya adalah seorang pesara tentera british dan pernah berkhidmat di Seremban. Yang menariknya mengenai blog ini adalah terdapat gambar-gambar lama di kawasan sekitar Kem Paroi pada tahun 1968 yang saya tahu memang terdapat sebuah kem askar di tapak ini dulu. Saya pun terus ke lokasi dan sempat gak amik beberapa gambar untuk compare... Enjoy it..

 Lapangan Terbang mengarah ke Gunung Angsi, Kuala Pilah.

 Gambar kem diambil dari udara. Di sebelah kiri tengah adalah tapak asal Stadium Paroi
Pintu masuk kem dan Pondok Pengawal. Lokasinya hanya di tepi Jalan Kuala  Pilah.  Sesiapa yang pernah lalu  jalan ni dulu mesti nampak signboard dan bangunan ni..
 

Tapak Kem Paroi sekarang sepi..