Friday, May 3, 2013

Dahulu dan sekarang

    Baru-baru ni saya ada membuat research tentang foto-foto lama dari internet dan saya dapati beberapa gambar lama yang saya rasakan sesuai untuk dikongsikan di sini. Kebanyakan foto saya download dari blog rakan dan selebihnya saya ambil sendiri menggunakan kamera phone.


Bangunan yang entah milik siapa ini menjadi tempat anak muda bermain snooker  sejak dari  tahun  80an lagi.

Bangunan ODEON sekarang telah menjadi sebuah restoran.
Sebelum Pawagam Plaza ini dirobohkan terdapat kejadian kebakaran berlaku mengakibatkan hampir semua bangunan ini musnah.
Not sure what is inside now. Maybe an office..
Pejabat MBS (Majlis Bandaran Seremban) dahulu beroperasi sekitar tahun 1960an kini telah berpindah ke Bangunan Majlis Perbandaran Seremban, Jalan Yam Tuan. Bangunan lama telah diubahsuai menjadi Ibupejabat Bank Simpanan Nasional cawangan Seremban.

Old Bus Stand sekarang telah menjadi Bangunan Arab Malaysian.

Golden City Cinema

   Sudah lama rasanya tidak menulis apa2 atau post photo di dalam blog ini. Sebenarnya saya sudah lupa tentang kewujudan blog ni..maklum la saya ni pun bukannya blogger tegar dan juga saya bukan seorang penulis. Saya mengalami masalah untuk mempost apa2 di dalam blog MySeremban ni kerana lupa username..apa punya blogger daa....nasib baik ada recovery email.

  Di bawah ni ada beberapa gambar saya ambil dari blog rakan yang lain untuk tatapan generasi akan datang tentang sejarah pawagam di Seremban. Saya dapat tahu bahawa panggung wayang gambar ataupun PAWAGAM yang pertama dibina di bandar ini adalah Golden City Cinema. Terletak di hujung Jalan Dr Krishnan saya rasa wujud sekitar tahun 1930-1950 sekarang telah menjadi kedai perabut Vincent. Jika dilihat dari dekat anda masih lagi boleh nampak dua lubang seperti kaunter untuk membeli tiket masih ada lagi di situ..
Di sebelah bangunan perabut tu ada lot terbiar yang ditinggalkan  agak lama. Ianya dulu tapak kilang beer yang beroperasi sekitar tahun 70an.

Dua lubang tiket yang old school...