Sudah lama rasanya tidak menulis apa2 atau post photo di dalam blog ini. Sebenarnya saya sudah lupa tentang kewujudan blog ni..maklum la saya ni pun bukannya blogger tegar dan juga saya bukan seorang penulis. Saya mengalami masalah untuk mempost apa2 di dalam blog MySeremban ni kerana lupa username..apa punya blogger daa....nasib baik ada recovery email.
Di bawah ni ada beberapa gambar saya ambil dari blog rakan yang lain untuk tatapan generasi akan datang tentang sejarah pawagam di Seremban. Saya dapat tahu bahawa panggung wayang gambar ataupun PAWAGAM yang pertama dibina di bandar ini adalah Golden City Cinema. Terletak di hujung Jalan Dr Krishnan saya rasa wujud sekitar tahun 1930-1950 sekarang telah menjadi kedai perabut Vincent. Jika dilihat dari dekat anda masih lagi boleh nampak dua lubang seperti kaunter untuk membeli tiket masih ada lagi di situ..
|
Di sebelah bangunan perabut tu ada lot terbiar yang ditinggalkan agak lama. Ianya dulu tapak kilang beer yang beroperasi sekitar tahun 70an. |
|
Dua lubang tiket yang old school... |
pusat snooker ni adalah sekolah tinggi chung hwa 1937 lebih kurang gitu lah
ReplyDeletepasar lama 1907 tu di belakang shariff cendol
ReplyDelete